Skip to main content

Activities:

Pendaftaran Pelajar Laluan Terbuka UTeM 2023

23 October 2023 | Kolej Kediaman Satria

Bersama-sama pelajar adalah bapa dan ibu kepada Preevitha A/P Nithiyananthan. Beliau merupakan pelajar Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) yang telah berjaya mendaftar masuk di dalam program Laluan Terbuka UTeM pengambilan sesi 2023/2024.

Selamat Datang Ke UTeM!

Pendaftaran Pelajar Laluan Terbuka UTeM 2023

09 October 2023 |Kolej Kediaman Satria

Bersama-sama pelajar adalah bapa dan abang kepada Kumaresan A/L Muthiah. Beliau merupakan pelajar Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) yang telah berjaya mendaftar masuk di dalam program Laluan Terbuka UTeM pengambilan sesi 2023/2024.

Selamat Datang Ke UTeM!

Perbincangan Untuk Menjalankan Conference Di Bawah T-JANA

13 april 2023 | Bilik mesyuarat canselori utem

Telah berlangsungnya satu perbincangan berkenaan conference yang bakal diadakan oleh T-Jana. Perbincangan ini melibatkan salah seorang pengarah T-Jana iaitu Ir.Dr. Fudhail Bin Abdul Munir dan disertai oleh 4 orang penglibatan iaitu Prof Madya Ir Ts Dr Mohd Azli Salim, Prof Madya Dr Nurfaizey Abdul Hamid,Prof Madya Dr NurAzmmi Masripan dan Ir Ts Dr Mohd Zaid Akop.

Tender Briefing System

11 april 2023

Satu perbincangan telah berlangsung berkenaan tender briefing system yang disertai sekali CIO UTeM iaitu Prof.Dr. Mohd Khanapi Bin Abd Ghani bersama-sama beberapa pengarah T-Jana iaitu Ir.Dr.Fudhail Bin Abdul Munir dan Prof.Madya.Dr. Muhammad Herman Bin Jamaluddin untuk Kementerian Belia Dan Sukan(KBS).

Perbincangan Dengan Melaka Water Institute

11 April 2023 | Melaka

Satu perbincangan telah dijalankan bersama Melaka Water Institue untuk kerjasama latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan lain-lain perkara.

Kunjungan Hormat Kepada Ketua Pengarah RELA

28 Mac 2023 | Putrajaya

Kunjungan hormat kepada ketua pengarah RELA bagi membincangkan kerjasama Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) di antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Sharing Session: How To Succeed HRDC Claimable Program For University Income Generation

05 April 2023 | Via Online(Webex)

Telah berlangsungnya satu “sharing session” yang diketuai oleh Prof Madya Ts Dr Wan Hasrulnizzam dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan(UTeM). Terdapat banyak tips dan cara yang sangat bermanfaat telah beliau kongsikan bersama peserta yang hadir.

Roadshow @ Jerayawara T-Jana

30 Mac 2023 | Via Online(Webex)

Satu sesi Jerayawara berkenaan T-Jana telah diadakan bagi memperkenalkan apa sebenarnya fungsi T-Jana kepada semua hadirin yang hadir pada sesi tersebut. Sesi tersebut telah diketuai oleh Provost T-Jana iaitu Prof.Datuk.Ir.Ts.Dr. Mohd Jailani Bin Mohd Nor dan bersama Pengarah Operasi & Servis Ir.Dr. Fudhail Bin Abdul Munir.


MAJLIS LAWATAN KERJA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI KE UTeM

05 MAY 2023 | RUANGAN MAKMAL FTKMP, KAMPUS TEKNOLOGI UTeM

Satu Majlis Lawatan Kerja oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi ke UTeM telah diadakan di ruangan makmal FTKMP, Kampus Teknologi UTeM sekitar jam 8:30 am sehingga 11:30 am. T-Jana berpeluang memperkenalkan fungsi T-Jana kepada YB Menteri iaitu DATO’ SERI HAJI MOHAMED KHALED BIN NORDIN. Perbentangan ini telah dibarisi oleh provost T-Jana iaitu Prof.Datuk.Ir.Ts.Dr Mohd Jailani Bin Mohd Nor dan 5 pengarah T-Jana.

PROGRAM NATIONAL TRAINING WEEK 2023: HALFDAY TRAINING-INTRODUCTION TO THE TURBOCHARGER

24 MAY 2023 |PEJABAT KECEMERLANGAN DAN KESARJANAAN AKADEMIK (CAES) ARAS 2, Bangunan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Kampus Teknologi , UTeM

Program NTW2023 merupakan program di bawah anjuran HRDC dan di laksanakan oleh pihak T-Jana. Program ini sangat istimewa kerana T-Jana bawakan khas specialist trainer iaitu Mr Irfan Md Ghazaly dari IMGC (Industrial Collaborator : Turbo Pacific Sdn Bhd)

T-JANA Ke UniMAP

02 Jun 2023 | Perlis

Program promosi produk Kesidang 3D CNC Machine ke UniMAP telah terlaksana dgn jayanya seperti yang distrategikan. Sekurang-kurangnya sebanyak 8unit Mesin Kesidang akan dibekalkan ke Universiti MTUN (2 units each) untuk memperkasakan program TVET. NC UniMAP selaku Pengerusi MTUN akan menyelaraskan peruntukan bajet di peringkat KPT dan akan memaklumkannya melalui Mesyuarat NC MTUN.